Wednesday, August 27, 2008
BN tewas: Tiada lagi wibawa PM, Najib
dikemaskini Kemenangan PKR semalam di Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar membuktikan lagi BN telah ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri dan kewibawaan perdana menteri serta timbalannya terhakis sepenuhnya, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
"Jumlah undi yang diperolehi BN kurang daripada bilangan ahli-ahli Umno di kawasan (parlimen) itu," katanya.
Dalam kenyataannya mengulas kemenangan besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, ahli parlimen Gua Musang berkata BN tetap tewas walaupun seluruh sumber dan kepimpinannya dikerahkan untuk berdepan tokoh pembangkang itu.
Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.
Menurut satu analisis Bernama hari ini, daripada 58,459, sebanyak 26,942 pemilih anggota parti komponen BN, termasuk Umno seramai 19,442 anggota di kawasan parlimen berkenaan.
Gerakan pula mempunyai 2,900 anggota, MCA (2,400), MIC (1,700) dan PPP (500) anggota yang layak mengundi.
Bagaimanapun, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah berjaya mengutip 15,524 undi - membayangkan 11,418 lagi anggota BN tidak memangkah calon parti itu sendiri atau tidak keluar mengundi.
Tengku Razaleigh menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus memikul beban ketewasan ini.
"Mustahil untuk disembunyikan: beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks," katanya, yang juga popular dipanggil Ku Li.
Kekalahan di Permatang Pauh, selain ketiadaan pemimpin yang jelas memandu arah, parti-parti komponen BN juga gagal menyelaras kerja-kerja kempen ketika berhadapan dengan parti pembangkang yang sedang bersemangat, katanya.
"Saya menyeru ahli-ahli Umno dan parti-parti komponen BN sentiasa bersama dengan parti dalam saat dilanda krisis ini dan mengambil perspektif sejarah secara tenang.
"Rakyat Malaysia dan bersama dengan mereka, ahli-ahli Umno, telah menemui suara demokratik mereka," kata Tengku Razaleigh.
Direct copy dr MalaysiaKini.com
Tuesday, August 26, 2008
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH
Sebenarnya dah malas nak komen. Cuma nak cakap Demokrasi di Malaysia nih masih segar laa..
Macam pernah dengar je komen cam gitu. Demokrasi apa nyer kalau sampai 6000 anggota polis terpaksa mengawal di Permatang Pauh jer.... Saluran TV dan Radio terus menerus menyerang Calon PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apakah masih subur demokrasi di Malaysia?. Ingatlah Najib peluang mu untuk menjadi Perdana Menteri pada tahun 2010 mungkin harus kau lupakan.
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH
Keputusan Rasmi PRK P44 Permatang Pauh
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi
Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
Pengundian di Permatang Pauh
Aug 26, 08 9:19am |
4.25 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.
Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus. 12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam. 11.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian. 11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza. 11.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ. 10.52 pagi Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang. Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai". 10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar. 10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar. Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan. 10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN. 10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya". Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh. 10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2. Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14. 10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang. 9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2. Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN' 9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar. 9.10 pagi PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut. 9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang. |
Ramalan Harga Minyak selepas Bajet 2009
Di jangkakan harga minyak akan di tetapkan pada kadar RM2.00 seliter apabila beliau berjaya membentuk kerajaan dan merampas PutraJaya dari kerajaan BN.
Keputusan Penuh PilihanRaya Kecil Permatang Pauh
Hari ini adalah hari berlangsungnya Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Calon Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim di tentang oleh Calon BN Dato Arif Shah dan En. Hanafi dari AKIM.
Keputusan rasmi adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengalahkan calon BN dengan Majoriti Besar sebanyak 31,516 undi.